Aku tidak mahu berlari dari rimba ini.
Ini satu sumpah pantang dipunggah.
Puas aku dalam pengembaraan
Terjumpa longgok tulang retak-retak semua.
”Ini tulang apa?” aku bertanya.”Moyang engkau mati diserang derita…” jawabnya.
Dan, pada gumpalan awan aku mendongak
Berat sekali hitam – dekat sudah taufan menggelegak
Menjadikan aku faham
Mengapa burung-burung tidak keluar berlagu.
Kepapaan dalam rimba ini- sunyi menjadi rajanya,
Tapi taufan yang mahu bergolak
Tidak menggetarkan nafas yang berdetak.
Aku tidak mahu berlalu dari rimba ini,
Ini satu sumpah pantang dipunggah.
A.Samad Said
Utusan Zaman
19 Julai 1955
Ini adalah salah satu puisi terawal A. Samad Said tentang perjuangan. Selamat berjuang sahabat-sahabatku tak kira di mana berada. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, Yang Maha Tinggi Maha Agung. Hanya padaNya kita bertawakkal.
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment






