Unexpected Life & Forgive Me

sad-face.jpg

Assalamualaikum,

Agak-agak gambar di atas ni gambar apa ye?

Sejak kebelakangan ini saya menghadapi banyak dugaan. Saya tak pasti kenapa lepas satu-satu, ibarat orang keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Saya pasti ada segelintir di kalangan kawan2 saya tahu kenapa. Saya tidak mahu menyalahkan takdir dan ketentuanNya. Mungkin benar saya sedang diuji olehNya, atau mungkin benar juga kata-kata saya selama ini diuji olehNya. Saya hanya boleh teruskan apa yang ada dan semampu mungkin.

Andai saya ada buat salah atau silap pada kawan-kawan, tolong maafkan saya. Saya juga mintak maaf jika pernah mengguris hati-hati yang bukan milik saya secara tidak sengaja. Mungkin juga saya terlalu banyak dosa. Andai ada yang baca, tolong maafkan saya.

Saya mungkin tidak akan memblogging buat masa ni sampai bila saya pun tak tahu. Saya perlu menitikberatkan komitmen pada perkara lain. Sekian terima kasih. Wassalam.

2 Comments

  1. Duhai sahabtku,
    jalan kita jalan payah,
    penuh duri penuh liku,
    kadang2 bisa buat kita terkedu.

    Namun ingatlah sahabatku,
    akan janjiNya yang satu,
    bahawa Dia tidak pernah meminggir,
    jauh ingin memberi susah,
    melainkan itu semua,
    agar kita lebih kenal,
    akan siapa Dia sebenarnya.

    Teruskan melangkah.

  2. Sahabat sayang…
    Terima kasih sentiasa ada.
    sebenarnya saya pun malu tulis camni,huhu…
    Bila difikirkan balik, orang lain punya masalah lagi besar.

    Benar, benarlah…
    Dengan musibah menggugah cinta kasih sesama manusia, semakin menyatukan rasa cinta kepada sesama manusia. Dan saling mendoakan…

    “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”
    (surah Az-Zumar:10)

    Sekarang ni buku la tahzan la jadi teman;p..hehe


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment