Kunci Adab Dalam Perjalanan

Imam Al-Arif biLlah Sheikh Abdul Wahab As-Sya’rani r.a.:-

“Kami telah berjanji kepada para masyaikh (guru-guru) kami: untuk melihat diri kami paling hina dalam kalangan muslimin, walaupun kepada mereka yang paling fasiq dalam kalangan muslimin tersebut, maka hendaklah kita merasakan diri kita lebih fasiq daripada mereka.

Sesiapa yang tidak meyakini konsep ini, dari kalangan ahli dakwa (yang mendakwa dirinya baik daripada orang lain), maka periksalah dirinya sendiri, dari sudut kefasikan sepanjng umurnya, dan jika dibandingkan dengan sifat kefasikan yang terzahir daripada orang-orang muslimin yang lain, nescaya dia akan dapati sifat kefasikan dirinya lebih banyak berbandiang sifat muslimin yang lain dengan yakin, kerana Allah s.w.t. Maha Menutupi Keaiban. Allah s.w.t. tidak pernah menzahirkan sifat-sifat kekurangan para hambaNya yang lain kepada kamu melainkan sedikit sahaja, kerana selebihnya Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada kamu. Adapun apa yang disembunyikan olehNya, maka tiada manusia layak menghukumnya dan tiada siapa yan layak melemparkan tuduhan kefasikan terhadap orang-orang yang disembunyikan kefasikannya daripada kita, sedangkan kefasikan diri kita sendiri, sudah jelas kelihatan pada diri kita sendiri, walaupun Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada orang lain (maka dengan demikian, tahulah kita bahawa kita adalah yang paling fasiq kerana melihat kefasikan kita termasuklah yang tersembunyi, lebih banyak daripada orang lain).

Seterusnya…baca artikel sebenar

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment