Perintah Umar Al-khattab
Mengenai takwim itu tepat
Usul awal dari Ya’la ibni Umaiyah
Penyusun takwim di zaman sahabat
Kiraan bermula tatkala kekasih-Mu melangkah kaki
Dalam satu wawasan jauh
Tak terjangkau akal ketika itu
Himpitan penentang kejam
Di bumi Makkah tercetus wahyu
Bahawa Muhammad s.a.w
Harus hijrah ke bumi lebih barakah
Di sana telah sedia Ansar yang
Mananti dengan wajah ramah
Lalu tibalah si muhajirin melukis sejarah
Dan termeterailah jadi Takwim Hijrah
Hijrah itu amat luas maksudnya
Bukan sekadar berpindah dari sini ke sana
Namun wawasan kesedaran itu harus dijana
Jadi neraca pengukur bahagia
Usah diukur bahagia dalam bentuk material
Tapi berkira bicaralah dalam erti hakiki
Dari jahil kepada berilmu
Dari berilmu lantas beramal
Dari beramal lantas bertaqwa
Penuh sabar dalam ikhtiar
Gigih waja tak putus asa
Inilah hijrah yang benar diharap
Buat penimbang di kampung yang kekal
Ilmu, amal berpintal taqwa
Dalam adunan garapan sayang
Berkasih sayang itu sandaran elok
Termaktub jelas di Asmaul Husna
Ayuh marilah melangkah ke hadapan
Kerana jalannya masih panjang
Untuk menggenggam bahagia di hujung sana!
oleh : Aliyah Sijari
“Syarat bagi orang yang berhijrah menuju Allah (SWT) ialah harus mengalihkan pandangannya daripada makhluk dan matlamat yang berkaitan dengan keduniaan kepada Allah (SWT) s.w.t dan kepentingan akhiratnya”
“Syarat bagi orang yang berhijrah menuju Allah (SWT) ialah harus mengalihkan pandangannya daripada makhluk dan matlamat yang berkaitan dengan keduniaan kepada Allah (SWT) s.w.t dan kepentingan akhiratnya”
Oh tuhanku, masih jauh lagikah perjalananku…Terasa berat beban yang dipikul. Terkadang ingin melepaskan segala…namun ku senantiasa menanti dan mengharap sesuatu dariMu. Kuatkan aku ya Tuhan.
1 Comment(s)
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment







Jemputan ke bahrulilmi.blogspot.com