Kabare?

Assalamualaikum…

It’s been a while… sy tak blog. Hati pun rasa macam dah beku apabila sudah lama tak disirami hujan tazkirah. Saya rindukan zaman tarbiyah saya. Kini saya lebih sibuk bekerja, tiada capaian internet yang meluas di hospital. Kalau pun ada, saya lebih rela merehatkan diri daripada menyibukkan diri memblogging. Mungkin saya bukan dilahirkan untuk menulis…

Sekarang sudah banyak perbezaan berbanding zaman belajar. Alhamdulillah saya mampu bekerja untuk menampung diri sendiri, tak lagi menyusahkan ibu bapa…dan mampu membantu keluarga. Hidup di JB benar2 mencabar imanku. Selalunya saya akui tewas menghadapi godaan, namun jauh di sudut hati saya, saya amat berharap dapat pergi ke satu tempat….my dream place…to ask something from God.

Antara dua cinta, lagu yang menceritakan perihal diri sekarang…

Oklah..see u again my blog, take care. Mmmuah:p

Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

6 Comments

  1. Salam shbtku mira.. lama xdengar berita. gembira bc posting bru tentang pengalaman doktor muda kita ini. mg Allah pmdhkn urusn mira snts. doakan oni disini ye :)

  2. wah dah mula kerja? hospital sultanah aminah ke? nak datang beraya boleh? kih kih kih

  3. pergi ke satu tempat….umrah? semoga ketemu apa yg dicari:)

  4. Salamu’alaik ya ukhti..kayafa haluki? Erm..just nak inform..slain yg nti linkkan tu..ana ade gak blog lain.. http://simplelifeofniza.blogpsot.com & http://bicaraqalbu.blogpsot.com
    Ok..hopefully..berjaya dalam hidup di dunia & akhirat..insyaAllah..

  5. Assalamualaikum..
    mira, pa kbr?lama menghilang..kita hantar sms pun dia tak balas.
    akhirnya terjumpa blog mira secara tak sengaja
    heheh, siapa lagi sahabat mira selain sakinah.. bole la agak siapa ni kan
    rindu dgn mira, moga bertemu suatu hari nanti
    harap masih on dgn someone special tu
    bila nak akhiri zaman single jangan lupa jemput saya tau

    ok, moga mira sabar menempuh kerja. jangan lupa solat cepat bila ada masa ya..
    mira, saya dah kerja as tutor, sama2lah kita bersabar ya..

    bila dengar lagu mencintaimu, ada suatu perasaan dalam hati, perasaan pada mira.. itu kan lagu yg mira selalu mainkan masa kita sebilik dulu..

    sentiasa ingat dan sayang mira, syukurnya kalau suatu hari kita dapat bertemu

  6. nak link blog mira ke blog saya ya…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment